Kenali Herba





Nama Saintifik

Orthosiphon stamineus

Family

Lamiaceae

Nama Tempatan

Misai kucing, kumis kucing, java tea, remujung

Keterangan

Tumbuhan ini boleh mencecah ketinggian hingga 1.5m. Mempunyai daun berbentuk ovat serta tepi daun bergerigi dan susunan daun setentang secara berpasangan. Batang Orthosiphon stamineus berbentuk segi empat, menegak dan berwarna kemerahan. Buahnya adalah kekeras kecil berbentuk bujur telur sehingga bujur.

Kegunaan

Misai kucing dikenali kerana kesan diuretiknya (Burkill 1966). Daunnya diperkenalkan ke Eropah dan Jepun sebagai minuman teh kesihatan (Ameer et al. 2012). Ia telah digunakan secara meluas untuk merawat penyakit reumatoid, kencing manis, tekanan darah tinggi, influenza, hepatitis dan penyakit kuning (Eisai 1995).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)